Sunday, May 13, 2012

tamadun melayu ~ masa depan ~


TAMADUN MELAYU: MASA DEPAN

Masyarakat yang bertamadun ialah masyarakat yang berpaksikan akidah yang
mantap, keluhuran undang-undang islam, kemakmuran yang diredhai oleh Allah dan
akhlak umat yang tinggi. Untuk mencapai kecemerlangan masa depan dalam tamadun
melayu, khasnya masyarakat Malaysia perlu mengejar untuk menjadi suatu masyarakat
murni yang bersih dari sampah sarap kebendaan, rasuah, penyelewengan dan akhlak yang
buruk. Situasi ini amat bersesuaian kerana dalam dua, tiga tahun ini telah berlaku
beberapa cetusan idea di kalangan masyrakat melayu iaitu masyarakat berilmu, budaya
berfikir dan Malaysia Baru. Menurut Kassim Ahmad (1994), Perdana Menteri Malaysia
iaitu Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad sendiri telah merancangkan kita dengan visi
wawasan 2020. Masa depan ke arah mencapai impian wawasan 2020 ini dapat dicapai
melalui beberapa faktor. Pertama dasar dan falsafah negara, kedua bentuk masyarakat
yang hendak dibina ketiga wawasan yang hendak di tuju dan keempat usaha ke arah
membina –masyarakat madani‘. Masyarakat madani adalah masyarakat yang bersih dari
segala bentuk, syirik dan bentuk jahiliah.masyarakat. Masyarakat melayu pada hari ini
ialah barangkali digambarkan sebagai pramasyarakat madani  iaitu keadaan sebelum
masyarakat madani. Namun tidak mustahil menjelang wawasan 2020 nanti, masyarakat
melayu lebih bertamadun dalam erti kata yang sebenarnya.

Untuk mencapai masyarakat yang cemerlang pada masa depan, kita memerlukan
bimbingan dari Ilahi. Bangsa melayu telah mmenganut agama islam sejak kerajaan
melayu iaitu 500 tahun dahulu. Daripada Al-Quranlah kita harus mencari panduan untuk
menghindari bangsa melayu daripasa terhapus serta untuk membangunkan tamadun baru bangsa dalam abad ke 21.

Selain itu , untuk membangunkan sebuah tamadun Malaysia
Baru dalam abad ke 21, pemimpin dan rakyat kita mestilah kembali berpegang pada
ajaran Al-Quran yang telah bertanggungjawab membangunkan tamadun dan empayar
Islam dari abad ke sembilan  hingga ke abad ke 13. dalam Al-Quran Tuhan memberi
contoh raja Mesir atau firaun yang dianggap sebagai tuhan oleh rakyatnya, dan tuhan itu
menghancurkan mereka akhirnya. Demikian kita mesti mengambil iktibar bahawa kita
wajib berpegang teguh dan tunduk kepeda Allah dan tidak boleh tunduk pada sesiapa
selain Allah. Faktor inilah boleh menjadikan tamadun melayu cemerlang di masa depan.


Gambaran masa depan tamadun melayu masih lagi kabur. Cebisan masa depan itu
samalah rupa seekor gajah yang cuba digambarkan oleh enam orang buta. Orang yang
memegang ekor gajah tidak sama dengan orang yang meraba telinga gajah. Usaha untuk
bertindak merebut peluang masa depan itu menjadi tidak keruan.

Oleh itu, kita memerlukan gambaran yang lengkap tentang realiti dan kaedah-kaedah bertindak
merebut peluang masa depan. Dalam mencapai tamadun abad 21 adalah dipengaruhi oleh
keupayaan manusia meneroka, membangun dan menggunakan manipulasi, sekurangsekurangnya 20 tahun teknologi teras secara produktif dan optimum. Di samping
itu,pemimpin negara Malaysia juga haruslah mempunyai keinginan dan daya usaha
untuk memsnifestasikan kewujudan generasi masa hadapan yang mempunyai ciri-ciri
pemimpin seperti yang diimpikan oleh Umar Ibn Al-Khattab. Kejayaan wawasan 2020
banyak bergantung kepada kejayaan pemimpin masa kini yang membina generasi pelapis
yang bermutu untuk mencapai kecemerlangan di masa hadapan. Suria Janib (1996),
                                               

Kata “kata ini dipetik melalui tulisan Kassim Ahmad iaitu Masa Depan Bangsa Melayu, Dewan
Masyarakat 1994 m/s 24.

Seperti gambaran Alvin Toffler dalam future shock. Iaitu boleh jadi kejutan demi kejutan, akan
menghinggapi seorang rakyat negara ini menjelang 2000 hingga 2020.  mengatakan bahawa contohilah Imam Ghazali dan Imam Syafie untuk cari ilmu dan ilmu
itu dimanfaatkan untuk generasi akan datang.
Masyarakat melayu juga perlu menglami transformasi yang radikal iaitu
pemmbaharuan melayu dalam konsep maju dalam ”acuan sendiri„ seperti yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai dasar agama dan budaya kita sendiri.

Walau bagaimanapun dari segi kata lain, proses pembaharuan ialah satu proses yang berterusan
yang harus dialami oleh setiap umatyang ingin mengemaskinikan diri, sesuai dengan
pembaharuan zaman. Jadi dalam hubungan inilah uamt melayu harus menghadapi
perubahan bagi menghadapi cabaran ke 21. Masyarakat melayu sekarang juga perlu
bijak mengunakan kemudahan-kemudahan yang diperuntukkan negara dalam memajukan
diri sendiri dan masa depan Malaysia. Falsafah in ada dijelaskan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Dato‘ Seri Dr Mahathir Mohamad yang berucap semasa mersmikan pelancaran
Putrajaya pada 25 Ogos 1993. Kecemerlangan tamadun melayu semakin berkembang
apabila wujudnya projek raksasa Koridor Raya Multimedia yang diumumkan pada akhir
tahun 1996 yang menjadikan kawasan yang dilengkapi infrastruktur, perundangan, dasar
dan amalan yang memungkinkan firma-firma multimedia menerokai dunia maklumat
tanpa sempadan.

Di samping itu juga, dalam pemerinthan negara Malaysia, masyarakat melayu
sudah mempunyai pentadbiran yang cekap iaitu mempunyai jentera pentadbiran yang
boleh dibanggakan. Ia bukan sahaja cekap, disiplin dan produktif tetapi bermutu tinggi
dan setanding dengan jentera pentadbiran di negara-negara maju. Dengan wujudnya
masyarakat melayu yang bersatu padu, sentiasa memelihara moral dan etika serta
masyarakat liberal dan bertolak ansur, maka tidak mustahil suatu hari nanti negara
Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Jikalau di zaman pemjajah
Inggeris, anak melayu menjadi petani, pegawai rendah, tetapi sekarang sudah berubah
menjadi ketua jabatan saintis, actuarist, ahli fizik nuclear, pakar bedah dan pakar dalam
pelbagai bidang serta menjadi ahli korporat. Inilah masanya untuk membuktikan kepada
dunia bahawa orang melayu boleh menjadi pengurus yang cekap dan baik serta mampu
membangunkan kegemilangan tamadun Islam.
Selain itu, sains dan teknologi juga merupakan teras utama kepada pembangunan
sesebuah bangsa melayu menjelang tahun 2020. keadaan ini dapat dilihat apabila
komputer bukan lagi menjadi barangan mewah, tetapi keperluan harian manusia di masa hadapan.Kekuatan teknologi terletak kepada pembangunan sumber tenaga manusia.

Justeru itu, masyarakat melayu perlu menjadikan Malaysia sebagai negara penyumbang
kepada sains dan teknologi dan bukan hanya pengguna kemudahan itu menjelang tahun 2020.

Hasrat pembangunan ini tidak dapat di laksanakan, jika masyarakat melayu tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap berteraskan sistem nilai yang murni, beradap dan berakhlak mulia. Sejarah telah menunjukkan bahawa negara dan tamadun ada pasang surutnya iaitu yang jatuh dan bangun sepanjang masa pemerintahannya.

Oleh itu, adalah penting bagi Malaysia dan rakyatnya mengkaji status pasang surut sesuatu tamadun agar
dapat rakyatnya menjadikan iktibar untuk kemantapan pembang gunan tamadun melayu dan negara Malaysia pada masa akan datang.    


No comments:

Post a Comment