TARIAN
MELAYU
Silat
Salah
satu tradisi Melayu paling tua yang juga merupakan sejenis seni mempertahankan
diri bagi masyarakat Melayu. Silat juga adalah suatu seni yang boleh
dipersembahkan dalam bentuk tarian. Dengan pergerakan badan yang penuh aksi
serta bunga langkah, persembahan silat sememangnya menarik dan mengasyikkan.
Tarian seni silat kebiasaannya dipersembahkan pada majlis keraian atau
perkahwinan.
Zapin
Pengaruh
Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam
tarian Zapin, iaitu sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian yang
diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah ini, pada mulanya digunakan
dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai
sejarah tamadun Islam. Namun setelah berlakunya transformasi zaman, tarian
zapin ini telah diubahsuai dan dipersembahkan dalam majlis-majlis tertentu di
Johor umumnya.
Tarian
Lilin
Merupakan
sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari-penari wanita sambil menatang
lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan mereka, dan memaparkan
gerak-geri yang penuh dengan kelembutan. Selain itu, tarian ini telah diberikan
nafas baru iaitu disertai penari-penari lelaki dan dimainkan dalam pelbagai
rentak moden.
Mak
Yong Melayu
Tarian
Mak Yong ini berasal dari Patani iaitu salah sebuah daerah di selatan Thailand.
Tarian Mak Yong ini dicipta untuk hiburan kerabat Diraja wanita, permaisuri
serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat Diraja lelaki. Bagi menjadikan tarian
ini lebih menarik, penggabungan drama-drama romantik, tarian berirama dan
nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan telah diserapkan dalam tarian
ini. Pada awal kemunculannya, tarian ini mengisahkan zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka dan telah dipopularkan mengikut peredaran zaman.
Tarian
Singa
Tarian
singa lazimnya dipersembahkan ketika perayaan hari Tahun Baru Cina. Tarian
Singa merupakan salah satu persembahan yang penuh bertenaga dan menghiburkan.
Menurut lagenda, singa adalah satu-satunya haiwan yang boleh menghalang Nian –
sejenis haiwan dongeng yang selalu menyerang negara China dan mengorbankan
manusia pada hari sebelum Tahun Baru Cina. Bagi menjayakan tarian ini,
pergerakan singa biasanya disesuaikan dengan kostum singa yang telah
dihasilkan. Kostum singa ini dimainkan oleh dua penari. Seorang penari akan
menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian
belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari akan bergerak-gerak
seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan
diiringi oleh paluan gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan membawa
tuah.
Tarian
Naga
Naga
adalah sejenis haiwan dongeng yang melambangkan kuasa luarbiasa, kebaikan,
kesuburan, kewaspadaan serta kehormatan dalam budaya Cina. Tarian Naga lazimnya
dipersembahkan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Tarian ini juga dipercayai
membawa tuah dan kekayaan bagi tahun yang baru. Selain itu, tarian naga
merupakan sebuah tarian bersemangat yang sentiasa diiringi paluan gendang tagu
Cina, dan simbal, serta memerlukan keberanian dan penataan gerak tarian yang
tepat diantara penari-penarinya Tarian ini selalunya memerlukan seramai 60
orang penari yang mahir bagi mempertunjukkan persembahan. Tarian naga ini
dipersembahkan dengan penuh kepakaran, keanggunan serta penataan gerak tarian
yang tepat bagi menjadikannya seakan-akan naga yang bergerak..
TARIAN
INDIA
BharathaNatyam
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi dan dramatik. Bagi menguasai tarian ini, masa yang lama perlu diambil kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari secara mendalam demi mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap dan penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal dari wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat iaitu dikenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya( Tarian Ekspressi ).

No comments:
Post a Comment