Tamadun Melayu
adalah satu konsep yang kompleks. Ianya tidak boleh disamakan dengan
konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan, dan bahasa.
Keempat-empat
konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang berbeza dan pada waktu yang
sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali antara satu sama lain.
Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan oleh orang-orang yang
datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia, terdapat beberapa
kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Pada waktu
yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh bertutur dalam
bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Tamadun Melayu
telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi
yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting dalam pembentukan tamadun
Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas tamadun Melayu merupakan
perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah tamadun Melayu Islam yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Tamadun Melayu
merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara
luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu
wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan
Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia,
Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai
tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua
franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada
pembentukan tamadun Melayu.
Dalam konteks
pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah perlu pembinaan tersebut
didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas terbukti berjaya
memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika dahulu. Oleh
itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu menjadi
asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia.
i. Orang Melayu
merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah Melayu sebelum
kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari Melayu atau
Semenanjung Tanah Melayu.
ii. Perjuangan
menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan gerakkan
sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk mempertahankan tanah
air mereka.
iii. Ketuanan
Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.
PEMBUDAYAAN ILMU & PENGUKUHAN BAHASA
Ilmu adalah penting kepada masyarakat Melayu yang telah setia dengan
Islam. Sebagai buktinya, mereka menjadikan di kalangan mereka yang mempunyai
ilmu yang tertinggi sebagai rujukan di istana dan ini telah menggantikan
golongan dukun dan pawang.
Kedatangan Islam dalam Tamadun Melayu juga telah membuatkan mereka
lebih minat untuk belajar setiap ilmu yang terdapat waktu itu. Kewujudan
institusi pendidikan seperti istana, madrasah, dan juga sekolah pondok. Istana
adalah merupakan satu tempat untuk menuntut ilmu pada waktu itu kepada golongan
bangsawan dan juga golongan pembesar.
Sistem pendidikan yang diterima ketika itu amat bertepatan dengan
agama yang dianuti kerana Islam menyuruh umatnya menuntut ilmu untuk dunia dan
juga di akhirat kelak.
Oleh itu, pembudayaan ilmu dikatakan perlu dalam pembinaan tamadun
yang kukuh dan utuh. Mengikut Prof Dr Wan Mohd Nor wan Daud (1997:55),
beliau telah menggariskan beberapa panduan yang dapat merealisasikan matlamat
dan hasrat tersebut.
Antaranya adalah:
i. Mementingkan ilmu pengatahuan
ii. Berkekalanya hasil ilmiah
iii. Berterusnya usaha keilmuan
iv. Proses syurga dan nilai-nilai kepimpinan
v. Sikap hormat-kritis perlu ada dalam diri orang yang berilmu bagi
merealisasikan budaya keilmuan.
vi. Member pengiktirafan terhadap peraanan kaum wanita.
Jika kita mengikuti sejarah Tamadun Melayu, kita akan dapati bahawa
kejayaan yang di capai pada ketika itu adalah kerana pemahaman tentang agama
yang meluas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar. Ini menjadikan
ikatan antara mereka sagat kuat dan utuh.
Pembinaan Jati Diri dan Modal Insan
Dalam membina jati diri yang tinggi dan mampu dijadikan sebagai modal
insan, sepatutnya perkara ini diterapkan dalam Tamadun Malaysia untuk dijadikan
sebagai satu kebanggan kepada kita semua. Kemuliaan akhlak yang tinggi dan jati
diri insan yang terpuji adalah penting dalam Tamadun Melayu.
Justeru, untuk membina perkara ini, kita memerlukan kebudayaan bangsa
yang selari dengan ajaran Islam.Apa yang dapat dilihat pada masa kini adalah
jati diri yang semakin meluntur dalam masyarakat kita. Ini dapat dilihat dalam
perkara yang telah disebutkan oleh Zulkiflee & Mohd Nasir, (2005):
i. Pengaruh nilai individualistic. Fahaman ini tidak memberi
penekanan kepada kehidupan bermasyarakat. Maka unsur-unsur ketingian tamadun
seperti saling menghormati, saling menolong dan toleransi akan terkikis dari
jiwa manusia.
ii. Meluaskan fahaman meteralisme. Fahaman yang bersifat
kebendaan yang menjadikan kekayaan sebagai ukuran dalam kehidupan. Hubungan
antara manusia dilihat kepada nilai benda yang diberi dan diterima dan hubungan
sesama manusia tidak lagi bersifat kasih dan sayang.
Tegasnya, dalam usaha membentuk identiti dan jati diri insan Melayu
ini, sewajarnya umat Melayu hari ini kembali semula menghayati apa yang telah
diterap oleh umat Melayu zaman kegemilangan iaitu penghayatan sepenuhnya
terhadap ajaran Islam yang syamul yang tentunya akan melahirkan watak insan
Melayu yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
Sistem Pemerintahan
Tamadun Malaysia hari ini adalah daripada kesinambungan Tamadun Melayu
suatu ketika dahulu. Daripada hasil rujukan sejarah, Tamadun Malaysia ini
menyambung parti-parti politik yang terdapat suatu ketika dahulu dalam Tamadun
Melayu. Dan ini jelas membuktikan bahawa sememangnya Tamadun Malaysia adalah
terbentuk daripada Tamadun Melayu.
Politik-politik Melayu ini juga merupakan kesinambungan dari beberapa
buah kerajaan atau pusat tamadum Melayu seperti Srivijaya, Temasik, Melaka,
Johor-Riau, Lingga dan sebagainya(Zainal Abidin, 2001:196;Abdul Aziz, 2001,
23-33).
Pada hari ini, Malaysia sebuah negara bangsa yang terdiri daripada
persekutuan yang mempunyai beberapa buah negeri Melayu suatu ketika dahulu
iaitu Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri
Selat. Lantaran dengan berdasarkan fakta sejarah diatas, maka paksi atau
landasan utama yang menyumbangkan kepada pembinaan dan pemantapan tamadun
Malaysia ialah tamadun Melayu-Islam.
Sitem politik dahulu dimana diperintah oleh oleh sultan telah diserap
masuk ke dalam Tamadun Malaysia dan telah dijadikan sebagai Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Perlembagaan Malaysia telah menulis bahawa
Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu merupakan satu komponen yang
penting dalam pemerintahan negara kita. Yang di-Pertua Agong merupakan
ketua utama negara negara yang mengetuai tiga buah badan di dalam kerajaan
iaitu badan pemerintahan (eksekutif), badan perundangan (legislatif) dan badan
kehakiman (judikatif)(Abdul Aziz, 2002:40-59).
Mengikut sistem pemerintahan Malaysia, Yang Di-pertuan Agong tidak
mencampuri urusan politik negara ini. Ini adalah satu daripada sistem yang
berlainan daripada sistem pemerintahan yang asal dimana Baginda tidak mempuyai
kuasa yang mutlak untuk mentadbir dalam negara ini. Sebaliknya, Baginda
bertindak atas arahan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.
Sistem Perundangan
Sistem perundangan pada Tamadun Melayu dahulu telah dijumpai pada Batu
Bersurat Terengganu yang menulis tentang perundangan Melayu dalam bahasa jawi kuno.
Batu bersurat ini menceritakan tentang perundangan yang mengikut Islam yang
perlu dilaksanakan iaitu tentang tanggungjawab pemerintahan melaksanakan dan
menguatkuasa ajaran Islam, pemberian dan penerimaan hutang, rejam atau hukum
sebat ke atas penzinaan, hukum menuduh zina dan tenteng ketaksamaan antara
semua orang sama ada orang atasan atau rakyat bawahan (Wan Ab Rahman, 2004:90)
Satu lagi warisan yang membuktikan undang-undang Islam telah diamalkan
dalam kerajaan Melayu ialah Undang-undang Pahang yang disusun Pemerintahan
Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah (1592:1614) di bawah pengaruh
Undang-undang Melaka.
Dalam era penjajahan misalanya di era British, mereka tidak banyak
merosakkan kepercayaan atau keimanan orang Melayu terhadap Islam, tetapi dapat
melemahkannya. Bahkan tiada bantahan daripada orang Melayu apabila British
memperkenalkan undang-undang mereka, tidak seperti reaksi keras orang apabila
mendapat tahu pihak British akan memperkenalkan Malayan Union (Abdul Monir,
2005:68).
Agama Dan Adat Istiadat
Islam menjadi indentiti sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan
sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu, juga dimaktubkan di dalam
Pelembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama bagi setiap negeri di
dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Persekutuan
Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi
Jabatan
Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksankan pembagunan agama
islam dalam pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah
Islam tetapi dengan bidang kuasa yang terbatas dan tertentu sahaja.
Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama bagi Perskutuan
Malaysia, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau diamalkan
oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam. Menurut perlembagaan, wujud kebebasan
beragama tertapi bagi penganut agama Islam, kerajaan boleh mengubal
undang-undang untuk mengawal atau menyekat aliran atau fahaman kepercayaan yang
dianggap menyeleweng atau sesat.
Dalam konteks pengamal adat dikalangan orang Melayu, Ahmad Ibrahim
(1987:316) menjelaskan bahawa apabila orang Melayu ini menganut agama Islam,
adat yang lama yang mereka amalkan telah diubahsuai agar ia selari dengan
ajaran Islam.
Bahasa, Kesenian dan Kesusasteraan
Dengan penybaran Islam yang dilakukan oleh para pedagang dan mabaligh
Arab, bahasa Melayu telah menerima kesan dan resapan pengaruh tulisan Arab yang
dikenali sebagai tulisan jawi. Rentetan daripada itu, bahasa Melayu dan tulisan
jawi diangkat sebagai bahasa ligua franca dan wahana ilmu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahan bahasa pengatar agama Islam
telah meningkatkan taraf, kecekapan dan kewibawaaannya. Istilah-istilah yang
baru dan cara penghujahan dan penyataan yang baru demi mengungkapkan penegasan dan
penghujahan yang lebih rumit dan kompleks tetapi lebih tepat, persis dan
saintifik (Abu Hassan,2001:179).
Bagi kesusteraan Melayu tradisional, kedatangan Islam membuka lembaran
baru dalam kehidupan masyrakat melayu tradisional. Agama Islam yang membawa
sinar baru kepada masyrakat turut juga membawa memperkenalkan tuulisan yang
wajar dan sesuai untuk dikembangkan pengunaan di Alam Melayu. Dengan itu,
kertas yang telah sekian lama digunakan di Timur Tengah dan di Barat, mengambil
alih peranan yang dimainkan oleh batu, logam, daun lontar dan sebagainya.
Dakwat dan kalam juga ikut diperkenalkan penggunaan (Siti Hawa, 2002:6).
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi telah diterima
oleh masyarakat Melayu serentak dengan mereka menerima agama Islam dan mereka
hanya mengambil sedikit masa untuk menyesuaikan tulisan itu pada bunyi-bunyi
yang terdapat dalam bahasa mereka untuk dijadikan tulisan bahasa Melayu sendiri
(Siti Hawa, 2002:10).
Era kolonialisme di alam Melayu selama hamper 500 tahun memperlihatkan
bahawa mereka tidak Berjaya memusnahkan khazanah pusaka warisan Tamadun Melayu
yang penting iaitu bahasa. Sastera dan pelbagai aspek kesenian yang menjadi
komponen penting atau terus teras kepada kebudaya dan tamadun Melayu. Ini
kerana pihak penjajah Belanda dan Inggeris menumpukan usaha mereka untuk
menguasaai intitusi politik, pentadbiran serta ekonomi di Alam Melayu. Pada
masa yang sama, mereka tidak pula menghalang perkembangan bahasa, sastera san
kesenian Melayu. Malah ada dikalangan mereka yang bertidak sebagai penaung atau
pengkaji bahasa, sastera dan kesenian yang terus menerus berkembang (Wan
Hashim, 2001:112).
Buktinya ialah Stanford Riffles, merupakan orang yang pertama yang
telah memperkenalkan konsep The Malayan nation, the Malay race, wilayah Melayu
dan mengkonsepsi ‘ sejarah’ orang Melayu berdasarkan falsafah romantik, teori
sosial dan biologi Eropah (Shamsul Amri, 2003:90).
Sebelum Perang Dunia Kedua, kebanyankan negari Melayu khususnya bekas
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah Perlis, Kelantan, Terenganu
dan Johor mengunakan bahasa Melayu secara meluas bagi tujuan rasmi seperti
dalam mesyuarat, surat menyurat dan penulisan minit (Wan Ab Rahman, 2004:92).
Walaupun kedatangan penjajah Barat tidak Berjaya meminggirkan bahasa Melayu,
namun apabila British memperkenalkan pendidikan aliran Inggris di semua
peringkat, rendah, menegah dan tinggi (universiti) pada awal abad ke-20, bahasa
Inggeris mula bertapak sebagai bahasa ilmu moden dan bahasa pengajian tinggi.
Selama hamper tiga suku dekat bahasa Inggris menduduki tangga pertama
dibandingkan dengan bahasa Melayu (Wan Hashim, 200587).
Perkara 152 dalam Perlebagaan Persekutuan telah memperakui bahawa
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi bagi Malaysia. Akta pelajaran juga menyatakan
bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di institusi-institusi
pengajian.
Tamadun India
1- Ciri perancangan bandarnya yang
begitu sistematik.
Perkembangan seni bina dipengaruhi oleh persekitaran dan cuaca.
Penggunaan jendela berkisi dibuat untuk mengurangkan pancaran cahaya matahari
manakala batu marmar putih seperti terdapat di Rajasthan digunakan sejak zaman
Moghul untuk kurangkan bahang. Seni bina India banyak menggunakan
batu dan kayu sebagai sumber asas kerana mudah diperolehi.
Batu-bata dijadikan asas binaan
bangunan-bangunannya yang terdiri daripada pelbagai saiz. Susunan bangunannya
pula adalah selari mengikut grid-grid tertentu dan juga pembinaan jalan-jalan
utama yang memudahkan medium perhubungan.
Perancangan yang teliti ini juga
dapat dilihat dengan corak penempatan yang dilakukan dimana terdapat
pengkhususan bangunan-bangunan yang digunakan untuk pentadbiran,tempat
beribadat dan juga tempat-tempat kediaman. Saiz rumah kediaman juga mempunyai
pelbagai saiz dan dilengkapi bilik dan ruang tamau serta kemudahan bilik air
yang berperigi. Contoh bandar terkenal yang mempunyai ciri-ciri sedemikian
adalah dua bandar terkenal iaitu Mohenjo Daro dan Harapa.
Pada zaman Dinasti Maurya di
bawah pemerintahan Asoka seni bina telah mencapai zaman kegemilangan. Seni bina
zaman Asoka ini dipengaruhi oleh agama Buddha kerana Asoka sangat kuat berusaha
mengembangkan agama Buddha.
Pintu-pintu gerbang gua banyak dibina. Kuil-kuil
dibina di dalam gua. Pada zaman ini juga dibina beribu-ribu stupa yang dibuat
dari batu dan berbentuk kubah. Ia dibina ditempat suci. Ia bukanlah kuil Buddha
tetapi merupakan tempat menyimpan bahan-bahan peninggalan Buddha. Dalam seni
Buddha, elemen geometri iaitu empat segi dan bulat menjadi pilihan dalam Zaman
Asoka kerana dikatakan sebagai satu usaha untuk membezakannya dengan elemen
empat segi yang biasanya terdapat pada altar Zaman Vedik dan sebagai simbol
Buddha iaitu Wheel of Law.
Untuk seni ukiran , masyarakat Indus telah
menggunakan tanah liat dalam membentuk patung-patung dan ala-alat perhiasan.
Tiang-tiang Asoka yang dibina dari batu pasir yang dilicinkan dan mencapai
ketingian 40 kaki dan di hujungnya terdapat bentuk loceng dan bentuk empat segi
yang dihiasi dengan gambar binatang seperti harimau, roda sebelum diletakkan
gandingan tiga ekor singa iaitu pengawal kerajaan Asoka menjadi lambing
kebesaran pada zaman kerajaan Asoka.
2- Seni Tari & Alat Muzik
Muzik di India terbahagi kepada dua iaitu tradisi muzik Hindustan
di utara dan tradisi muzik Karnatak di selatan. Ramai ahli muzik yang terkenal
seperti Tan Sen, Nayak Baiju, Ram Das Raj Bahadur (raja dari Malwa) dan
Tantarang Khan.Tan Sen merupakan seorang ahli muzik istana pada masa
pemerintahan Akbar.
Tan Sen banyak mencipta rentak Raga yang baru seperti Miyan
kee Todi,Miyan kee Malhar, Miyan kee Sarang, Darbari, Lankdhan, Sarang dan Dhulia-malhar. Terdapat
ramai lagi ahli muzik istana seperti Raja Man Tanwar dari Gwalior. Beliau
menghasilkan empat buah buku berkaitan dengan muzik seperti Sarvado UdayChandrovidaya, Raga
Mala, Raga Mangaree dan Nartan ataupun Nidayan.
Dalam
muzik India, Thata merupakan hasil yang dibunyikan dari 12 nada daripada Octava
iaitu gabungan mana-mana dari tujuh nada Octava.
Contoh-contoh Tarian
1)Tarian Bharata Natyam
2) Tarian Kathak
CONTOH-CONTOH ALAT MUZIK
Tata Jati (alat muzik bertali)
Vitata Jati (alat muzik bertali)
Sushir Jati(alat tiupan)
Ghana Jati (alat muzik genderang
Alat muzik purba India ialah drum dan gong. Alat muzik tersebut di
kenali sebagai genderang , mridangan di Selatan India yang dikatakan
tidak berapa berkembang. Mridangan boleh menghasilkan pelbagai jenis
bunyi. Di sebelah utara, tabla dan dua buah drum diambil daripada tabla
Arab yang merupakan alat muzik yang terpenting kepada muzik India hari ini.
Alat muzik bertali seperti biola, petikan gitar sejenis pancang ( sebatang kayu
atau tembaga yang digunakan untuk tunjuk pada hujung yang ditolak ke
dalam).
Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa seni tarian
masyarakat Cina dan Melayu adalah terdiri daripada beberapa jenis dan juga
turut mempunyai keunikan seninya yang tersendiri yang berlainan antara satu
dengan yang lain. Walaupun demikian, matlamat sebenarnya adalah satu iaitu
untuk menghiburkan ataupun sebagai bahan hiburan dari dahulu hinggalah ke pada
hari ini. Oleh itu, adalah diharapkan tarian dua masyarakat yang berlainan ini
akan berkekalan hinggalah ke generasi yang seterusnya.
Tamadun China
Tamadun
China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang dibina semasa Dinasti Chin.
Semasa Dinasti Chou, beberapa buah negeri di bahagian utara negeri China
telah membina tembok-tembok yang panjang untuk mempertahankan negeri China
daripada serangan musuh. Maharaja Shih Huang Ti telah mengukuh dan mencantumkan
semua tembok tersebut menjadi satu tembok besar yang bersambungan di atas bukit
dan lembah.Pembinaannya adalah dalam jangka masa antara tahun 228 SM hingga 210
SM.
Tembok Besar China yang
panjangnya kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki merupakan satu daripada 7
keajaiban dunia. Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawa di
samping 10,000 menara-pengawal kecil. Pada setiap menara ditempatkan sepasukan
tentera seramai 100 orang. Seni bina yang lain dapat dilihat melalui pembinaan
istana, kuil-kuil dan bangunan-bangunan berbentuk pagoda.
Dalam Seni Ukir ,ukiran-ukiran
dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, gangsa, batu,
tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua. Pengukir
Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir
patung-patung kecil. Dinasti Han juga terkenal dengan pengukir-pengukirnya yang
mahir.
Dalam bidang pembuatan seramik
atau tembikar, masyarakat Shang telah memajukan teknik-teknik membuat
seramik.Buatannya halus dan dicat dengan warna hitam dan merah. Gangsa juga
digunakan untuk membuat bekas air dan makanan. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran
geometrik dan haiwan.
Pada zaman Dinasti Tang (abad
ke-8) seni pahat (sculpture) turut berkembang seiring dengan perkembangan seni
lukis.Dalam hal ini agama Buddha banyak memainkan peranan. Kegiatan agama telah
menghasilkan banyak patung di kuil-kuil. Patung-patung yang masyhur ialah
‘Lung-men’, Buddha batu yang dikelilingi oleh patung-patung Bodhisattvas,
samai-sami dan penjaga-penjaga. Kemudian dengan secara beransur-ansur
orang-orang China menggantikan patung-patung keagamaan itu dengan
membuat patung-patung berbentuk kuda dengan ukiran-ukirannya sekali.
Patung-patung kuda dengan penunggangnya menggambarkan sifat kepahlawanan China.
2- Seni Tari & alat muzik
Kesenian masyarakat cina
bermula pada abad ke- 19 dengan perhijrahan secara beramai-ramai orang
Cina dari negara selatan China ke Tanah Melayu atau dikenali (Malaysia).
Pada
masa itu, pendatang Cina di bawa masuk ke tanah melayu untuk bekerja sebagai
buruh di lombong biji timah, peniaga dan petani di tanah melayu. Menurut
beberapa sumber dan rujukan, masyarakat Cina hanya berminat untuk bekerja bagi
menampung kehidupan yang agak sukar pada masa itu. Penduduk pada masa itu tidak
merancang untuk menetap secara tetap di Tanah Melayu atau memperkembangkan
kebudayaan Cina bagi penduduk tempatan. Namun demikian, lama-kelamaan orang
Cina akhirnya menyimpan hasrat untuk menetap tetap di Tanah Melayu sehingga
masa pada kini dan seterrusnya memperkembangkan kebudayaan kaum Cina di
Malaysia.
CONTOH-CONTOH TARIAN DARI TAMADUN
CINA
1) Tarian Singa
tarian singa merupakan tarian
yang popular dan sinonim dengan masyarakat cina di malaysia. Walaupun begitu,
tarian singa bagi suku-suku kaum Cina mempunyai perbezaan antaranya jika
dilihat pada tarian singa yang ada pada masyarakat Cina Hakka, Tarian singa
masyarakat Cina Hakka adalah berbeza dengan tarian masyarakat Cina lain seperti
suku Hokkien dan lain-lain.
Dalam hal ini, tarian masyarakat Cina Hakka yang
paling mashyur dikenali sebagai 'Ki Ling' yang mana bentuk singanya adalah
lebih kecil berbanding dengan tarian singa masyarakat Cina yang lain. Selain
itu, tarian singa "unicorn" juga merupakan tarian yang popular bagi
kaum ini iaitu singa yang dikatakan hanya mempunyai satu tanduk. Pada
kebiasaannya, tarian ini akan didendangkan atau dimainkan bilamana adanya
upacara-upacara khas. Sebagai contoh, ialah ketika menyambut perayaan tahun
baru Cina, upacara parkahwinan, pembukaan atau perasmian sebuah premis
perniagaan dan sebagainya.
2) Tarian Kipas Cina
Tarian ini pula merupakan satu
jenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7 wanita dan 2 lelaki. Jenis
tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina mempunyai erti yang sebati dalam
masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa lalu sentiasa menjadikan kipas
sebagai alat keperluan.
Tarian ini juga sebagai simbolik kerana angin juga
merupakan elemen penting dalam masyarakat cina yang mempercayai “ Fung shui”
iaitu suatu kepercayaan masayarakat cina umumnya tentang suatu pentanda yang
baik dan buruk terhadap sesuatu kehidupan di tempat mereka. Oleh itu, jenis
tarian ini dimainkan supaya tarian ini boleh membawa kebaikan atau “Fung Shui”
yang baik kepada seluruh anggota masyarakat.
No comments:
Post a Comment