Friday, May 18, 2012

sejarah palestin


“PALESTIN”

MUQADDIMAH~
Palestin merujuk kepada tanah bahagian Barat Daya Syam . Palestin terletak di persisiran Laut Meditteranien di Asia Barat. Merupakan bulatan penyambung antara Asia dan Afrika sepertimana keistimewaannya yang dekat dengan Eropah. Sempadan utaranya bertemu Lubnan, timur lautnya Syria, timurnya Jordan dan selatannya Mesir. Keluasan Palestin yang diiktiraf mencecah 27 ribu KM persegi. Palestin menikmati cuaca iklim Laut Meditteranien.
Bumi Palestin merupakan kota tamadun tertua di dunia. Menurut kajian kesan sejarah moden, Palestin merupakan tanah pertama yang menyaksikan penempatan manusia dan pertanian sebelum kira-kira 9 ribu tahun sebelum masehi, suku darinya telah terdiri Bandar paling tua dalam sejarah (Kota Ariha) kira-kira 8 ribu tahun sebelum Masehi, sehingga kini masih makmur dan kaya dengan tamadun.
Bumi Palestin memiliki kedudukan yang besar dalam hati setiap Muslim sebagai tanah yang suci dan berkat dalam teks al Quran al Karim. Padanya terletak Masjid al Aqsa sebagai kiblat pertama orang Islam dan juga masjid ketiga umat Islam, ia juga merupakan bumi Israk Rasul selain merupakan tanah nabi-nabi; telah lahir padanya dan wafat dalamnya serta bersemi bersama tanahnya ramai dari kalangan nabi-nabi yang disebut dalam al Quran.
Di dalam Islam ia dikira sebagai tempat mahsyar dan mansyar, Tanah Pusaka Islam, orang yang bermukim di sana dikira mujahid di Jalan Allah, sebagai pusat golongan yang mendapat pembelaan yang teguh di atas kebenaran sehingga hari kiamat.
Bumi Palestin merupakan tanah suci orang Yahudi dan Nasrani juga: Yahudi menganggap ianya tanah yang dijanjikan dan paksi sejarah mereka serta persemadian nabi-nabi mereka di sisinya tempat suci mereka iaitu al Quds dan al khalil. Manakala Nasrani menganggapnya sebagai tempat lahir agama mereka ; yang mana Isa alaihi salam telah dilahirkan dan tapak permulaan dakwahnya. Di sini juga pusat-pusat keagamaan mereka yang besar seperti al Quds, Bait Lahm dan an Nasirah.
Orang Muslim beriman bahawa mereka  pewaris yang sebenar pada pusaka-pusaka nabi Dawud , Sulaiman dan nabi-nabi Bani Israel dan orang-orang soleh mereka, dari mereka yang pernah memerintah Palestin sejak zaman-berzaman di bawah panji Tauhid; kerana orang Muslimlah yang mengangkat panji Tauhid selepas mereka, dan melalui resam nabi-nabi. Orang Muslim yakin bahawa orang Yahudi telah memesong dari kebenaran dan menyelewengkan kitab-kitab mereka, membunuh nabi-nabi mereka serta mendapat laknat dan kemurkaan Allah.
Semasa pemerintahan Yahudi dan Nasrani ke atas Palestin terutamanya Baitul Maqdis telah menyekat dan menolak kehidupan masyarakat berbilang agama dengan penganut agama lain dan melebihkan pengikutnya serta berusaha menghapuskan selain mereka. Adapun orang Muslim sikap mereka dibina di atas tolak ansur dan menerima kehidupan majmuk dan memelihara hak-hak orang lain dan membelanya.
Yahudi Tidak Memiliki Hak di Bumi Palestin.
Sesungguhnya bangsa yang paling lama menduduki Palestin dan persekitarannya adalah Bangsa Kan’an yang telah berhijrah dari Semenanjung Arab sejak sekitar 4500 tahun. Pada waktu itu Palestin dikenali dengan nama Tanah Kan’an dan bangsa Palestin yang ada hari ini adalah susur galur Kan’an. Kemudian bercampur dengan bangsa-bangsa Timur Laut Mediterranien Balsat atau dikenali sebagai Palestin, dan kabilah- kabilah Arab walaupun Palestin telah diperintah berbagai kaum dalam satu-satu masa tetapi bangsa Palestin tidak pernah terputus dari terus menghuni tanah mereka. Penduduk Palestin sendiri sebahagian besarnya telah memeluk Islam dan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa mereka sejak kedatangan Islam. Telah menegaskan lagi fakta ini dengan kewujudan syiar-syiar Islam bagi bumi Palestin sejak zaman pembukaan Palestin pada tahun 15 Hijrah/636 Masehi sehingga sekarang, walaupun telah dikeluarkan sebahagian dari penduduknya secara paksa oleh Rejim Zionis sejak tahun 1948.
Sesungguhnya dakwaan-dakwaan Hak Yahudi bagi Palestin telah kabur dengan Hak Arab dan Orang Muslim terhadap tanah mereka. Bansa Palestin telah memakmurkan bumi Palestin kira-kira 1500 tahun sebelum terdirinya Negara Yahudi, bahkan kewujudan mereka berterusan semasa pemerintahan Yahudi sehinggalah Yahudi telah terpisah dari Palestin sampailah ke hari ini. Yahudi hanya memerintah sebahagian dari Palestin bukanlah keseluruhannya dalam tempoh sekitar 4 kurun terutama antara 1000 sehingga 586 sebelum Masehi. Lalu tamatlah pemerintahan mereka seperti mana telah tamat pemerintahan Kaum lain seperti: Asyuriyan, Farsi,Firaun, Greek dan Rom. Sedangkan Bangsa Palestin terus memasak di bumi itu. Adapun pemerintahan Islam yang paling panjang iaitu 636M sehingga 1917M terkecuali tempoh perebutan dalam Perang Salib yang berlanjutan 90 tahun iaitu sekitar tahun 1200. Seraya Yahudi telah terputus hubungan dengan tanah Palestin selama 1800 tahun sejak 135 Masehi sehinggalah kurun ke-20. Selain kedudukan mereka dalam politik dan ketamadunan dan kebudayaan di dalam Palestin. Bahkan telah diharamkan dalam ajaran agama mereka untuk kembali ke Palestin. Sebahagian besar (80%) dari Yahudi hari ini menurut kajian beberapa pengkaji Yahudi sendiri seperti penulis terkenal Arthur Costler tidak memperakui dari segi sejarah kaitan antara Yahudi dengan Palestin sebagaimana tidak diperakui bahawa mereka(80%) ini sebahagian dari kaum Bani Israel. Majoriti Yahudi hari ini berasal dari Yahudi Khazr “Ashkanz” ia adalah sebuah kabilah dari Tartar-Turki Kuno yang menetap di Utara Kaukas dan telah menjadi Yahudi pada kurun ke-8 Masehi. Maka seandainya ada hak untuk kepulangan Yahudi maka bukanlah Palestin tetapi selatan Rusia.
Manakala dakwaan yang mengaitkan Yahudi dengan Palestin tidak berdiri di atas hakikat kebenaran bahawasanya sebahagian besar Bani Israel menafikan penyatuan mereka dengan Musa alaihi salam dalam perjalanannya menuju bumi Baitul Maqdis. Sepertimana mereka menolak untuk menyertai kepulangan ke Bumi Palestin dari Babylon selepas diusir kerajaan Parsi pada masa itu. Sepanjang sejarah sehinggalah kini jumlah Yahudi di Palestin tak pernah melebihi 40% dari jumlah mereka di seluruh dunia.
Penubuhan gerakan Zionis bertujuan untuk mewujudkan jajahan Yahudi di Palestin sehingga tercetus penganayaan Yahudi (yang menyokong pengumpulan Yahudi di Palestin) di tengah-tengah masyarakat Nasrani di Eropah. Terutamanya Protestan sejak kurun ke-16, sehinggalah muncul ideology-ideologi perkauman dan nasionalisme, sehingga muncul negara-negar sosialis di Eropah terutama pada kurun ke-19, sehingga berlaku masalah Yahudi terutama di Eropah Timur dan apa yang menyebabkan Yahudi diancam oleh bangsa Rusia, sehinggalah Yahudi menjadi pemain peranan di Eropah dan Amerika tambahan pula kegagalan gerakan pencerahan Yahudi “Huskler” yang meluaskan simpati Yahudi dalam masyarakat yang mereka hidup di dalamnya.
Sesungguhnya ideologi menubuhkan gagasan Yahudi untuk memainkan peranan “Negara Tempahan” yang didukung oleh penjajah Barat , terutamanya Britain menjadi lambang kemuncak bahaya Barat-Yahudi di tengah-tengah Alam Islami; Ini juga bertujuan memisahkan dua sayap Alam Islami di Asia dan Afrika kepada dua pecahan yang terpisah. Usaha ini akan membawa kepada menghalang penyatuannya lantas melemahkannya dan memastikannya terus menerus berpecah belah, lemah untuk melakukan perubahan, berteleku dalam meniru atau menurut mengeluarkan bahan premier dan pasaran pengguna untuk produk Arab sebagaimana terhalangnya kemunculan Empayar Islam yang terbesar, Menggantikan Daulah Uthmaniyah yang telah ldaenyap ditelan zaman.
Kewujudan dan kelangsungan Israel –Zionis kelangsungan dan kesuburannya- di tengah-tengah tanah yang dijanjikan beerti jaminan kelemahan negara-negara Islam di sekelilingnya , sekaligus perpecahan dan kemundurannya. Maka begitulah juga sekiranya Ummah bangkit dan maju akan menjurus kepada kemusnahan dan kematian Israel yang bertapak di jantung ummah ini.
Telah tertubuh Pertubuhan Zionis Antarabangsa di Switzerland pada Ogos 1897 di bawah pimpinan Tudor Heartzel. Mereka telah mengabungkan diri dengan projek penjajahan Barat, tetapi gagal untuk memperolehi sebarang benda yang bernilai sehingga akhir perang dunia pertama; Gerakan Zionis berdiri sebagai gerakan perkauman yang terbina di atas landasan dan latar belakang keagamaan dan peninggalan serta perkauman Yahudi. Syarat-syarat kejayaannya berkaitan dengan menafikan hak-hak penduduk Palestinyang berbansa Arab  dan merampas tanah mereka. Bagi mereka tiada beza antara fahaman komunis atau sekular atau keagamaan ataupun kebudayaan mahupun politik, semuanya sama sahaja pada akhirnya Zionis sepakat untuk berusaha mencapai cita-cita agung mereka.



No comments:

Post a Comment