SEPANJANG KEJADIAN BUMI,pelbagai tamadun besar dan masyhur telah muncul. Tamadun-tamadun seperti tamadun Mesir,India,China,Yunani,Islam telah mengukirkan serta membentuk pelbagai sejarah dan resam kehidupan yang dapat dilihat pada hari ini.Blog ini diharapkan menjadi platform untuk pembaca merenung kembali sejarah kita dan info-info terkini yang berlaku di msia..@check it out..@
Saturday, March 17, 2012
nilai keluarga yang bahagia
untuk mengekalkan nilai keluarga yang bahagia, setiap keluarga perlu berpegang kepada satu kepercayaan iaitu kepercayaan terhadap agama.agama itu sendiri menggalakkan kita untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. buktinya, setiap agama seperti agama islam, hindu,buddha dan agama-agama lain mewajibkan pengikutnya untuk membahagiakan keluarga masing-masing.oleh itu, tidak ada alasan lagi untuk kita di dunia ini tidak mengamalkan nilai- nilai untuk membahagiakan ahli keluarga sendiri.
keluarga yang bahagia adalah keluarga yang penuh dengan kasih sayang yang seccukupnya(samarata). setiap orang memerlukan kasih sayang untuk memupuk peribadi yang baik. tanpa mendapat kasih sayang yang cukup, diri kita dengan sendirinya akan memberontak untuk mendapatkan kasih sayang daripada sesiapa sahaja.ini akan menyebabkan seseorang itu terjerumus kepada kancah kehinaan seperti pergaulan bebas, hubungan sejenis, berzina dan sebagainya.oleh itu, kasih sayang yang telah ditanam di dalam hati akan menyebabkan diri kita berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan yang buruk terhadap ahli keluarga sendiri.
selain itu, sikap mengambil berat akan satu sama lain juga menjadi salah satu aspek penting untuk memupuk keluarga yang bahagia.sesetengah orang akan mengatakan bahawa orang yang mengambil berat itu adalah orang yang suka menjaga tepi kain orang lain.tanggapan ini adalah salah sama sekali, kerana keluarga itu adalah tempat untuk berkongsi suka dan duka. remaja kini seringkali mengatakan bahawa ibu bapa tidak mengambil berat akan mereka,tetapi remaja juga tidak sedar bahawa sejak kecil lagi ibubapa telah banyak bersusah payah untuk mencari nafkah serta bertungkus lumus untuk menjaga pakaian, makanan dan minuman,dan tempat perlindungan untuk kesenangan anak-anak mereka.oleh itu, setiap ahli keluarga perlulah mengetahui susah dan senang ahli keluarga yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment