Sunday, May 20, 2012

MASJID NABAWI


Masjid Nabawi




Masjid Nabawi  merupakan masjid pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w setelah penghijrahan baginda berserta para sahabat dan pengikut setia ke Madinah. Masjid tersebut dibangunkan pada bulan Rabiulawal tahun pertama Hijrah bersamaan September 622 Masihi. Pada masa Nabi s.a.w dan Khulafa ar-Rasyidin, masjid itu berfungsi sebagai tempat beribadah (solat), menuntut ilmu dan musyawarah bagi melaksanakan kegiatan kemasyarakatan. Kini masjid tersebut berdiri megah, dengan lebih daripada 230 tiang setinggi 5 meter dan memiliki 10 buah menara, enam di antaranya setinggi 99 meter. Dengan berkembangnya Islam di dunia, Masjid Nabawi mengharumkan kota Madinah al-Munawwarah (kota penerang dunia dengan ajaran Islam). Hingga kini, jemaah haji sering berziarah ke makam Nabi Muhammad s.a.w yang terletak di dalam kompleks masjid tersebut.
Selain itu, terdapat makam Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Pada bahagian lain, terdapat taman (raudah), di antara bekas rumah Nabi s.a.w dengan mimbar yang ditandai dengan tiang-tiang berwarna putih. Di tempat inilah jemaah haji dan umrah melakukan solat, wajib atau sunat, sesuai dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Di antara bilikku dengan mimbarku terletak sebuah taman di antara taman-taman syurga.” (Anas bin Malik).

Masjid Nabawi memiliki keutamaan dan keistimewaan tersendiri berbanding masjid-masjid lain. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Solat di masjidku lebih utama daripada seribu kali solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram. Dan solat di Masjidil Haram lebih utama seratus ribu kali daripada solat di tempat lain.” (Riwayat Ahmad)
Pada awalnya, Masjid Nabawi hanya berukuran 70 x 60 hasta (1 hasta bersamaan lebih kurang 61 cm). Lalu Nabi s.a.w memperluaskan masjid itu ke sebelah timur, barat dan utara sehingga menjadi 2,475 meter persegi. Saidina Umar al-Khattab (581-644 M) memperluaskan lagi masjid tersebut menjadi 140 x 120 hasta dan menambah tiga pintu; dua pintu di sebelah utara dan sebuah pintu untuk jemaah wanita di sebelah timur. Saidina Uthman ibni Affan (576-656 M) menggantikan tiang pohon kurma dengan batu, menggantikan atap dan memperluaskan bahagian lantai.Kerja-kerja pembaikan dan perluasan masjid itu juga dilakukan pada zaman pemerintahan Walid bin Abdul Malik (705-715 M) dan Umar bin Abdul Aziz (717-720 M), khalifah Bani Umaiyah. Pada zaman al-Mahdi (775-785 M), khalifah Abbasiah, berlakunya penambahan atau perluasan 100 hasta lagi. Sultan Malik az-Zahir (m. 1277 M – penguasa Mamluk) memperbaiki atap yang terbakar dan menambah menara. Salim II (1566-1674 M), sultan Uthmaniah, mula menggunakan marmar. Pembangunan dan pembaikan besar-besaran dilakukan oleh Sultan Abdul Majid (1839-1861 M). Dinding, tiang serta mihrab diukir dan dihiasi dengan kaligrafi. Hingga ke zaman Uthmaniah, keluasan Masjid Nabawi telah mencapai 10,303 meter persegi. Kerajaan Arab Saudi meneruskan perluasan masjid tersebut sehingga 16,500 meter persegi.
Di Masjid Nabawi terdapat beberapa mihrab: Mihrab Nabawi (di timur mimbar), tempat pertama kali Nabi Muhammad s.a.w mengimami solat berjemaah; Mihrab Sulaiman (di sebelah mimbar), hadiah Sultan Sulaiman bin Salim (Turki); Mihrab Uthmani (di tengah kiblat); Mihrab Tahajjud (di sebelah utara), tempat Nabi s.a.w sering melakukan solat tahajjud; dan Mihrab al-Majidi (di sebelah utara), tempat berkumpul ahl as-suffah, Muhajirin yang kehabisan bekalan ketika hijrah ke Madinah.

Kronologi Masjid Nabawi ADALAH:

622 (Masihi) – Didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
629 – Diperluas oleh Nabi s.a.w.
638 – Diperluas oleh Saidina Umar al-Khattab.
650 – Saidina Uthman Affan menggantikan tiang dan atap serta memperluas bahagian lantai.
707 – Diperbaiki oleh Walid bin Abd Malik dan Umar bin Abd Aziz (Bani Umaiyah).
778 – Diperluas oleh al-Mahdi (Bani Abbasiah).
1247 – Terbakar.
1256 – Malik az-Zahir (Mamluk) menambah menara serta lantai bahagian hadapan.
1468 – Diperbaiki oleh Asyraf Qaitbay (Penguasa Mamluk).
1481 – Terbakar lagi.
1574 – Salim I (Uthmaniah) menggunakan marmar.
1818 – Diperbesar oleh Mahmud II (Uthmaniah). Kubah dicat hijau.
1849 – Dibangun besar-besaran oleh Sultan Abdul Majid (Uthmaniah).
1952 – Diperluas oleh Raja Abd Aziz ibnu Sa’ud (Arab Saudi).
1984 – Diperluas dan diperbaiki oleh Raja Fahd (Arab Saudi).


hijrah


HIJRAH 

 

Berlaku pada 12 Sept 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Muhamad hijrah bersama Abu Bakar AsSiddiq – perjalanan 12 hari. Umar secara sendirian dan terang-terangan.

Konsep Hijrah


Maknanya:
1. Maksud perkataan Arab – berpindah.

2. Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah . Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi penyebaran.

3.Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan.

4.Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
5. Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep

 Hijrah Barat dan Islam spt berikut:
a.Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.

b.Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.

c.Orang Islam Makkah diberi jaminan kjeselamatan dan diberi tempat tinggal.

d.Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah.

Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw.

1.Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan

2.Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.

3.Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .

4.Bersembunyi di gua Thur = Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar – intip kegiatan orang Quraish, Asma binti Abu Bakar – menghantar makanan, Amir bin Fuhairah – gembala kambing agar susu kambing diberi kepada baginda.




5.Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.

Sebab dan Tujuan Hijrah

1.Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal.
2.Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
3.Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran.
4.Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
5.Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Memerlukan pemimpin dan mendamaikan ketegangan.

Kepentingan Hijrah

1.       Dakwah Islamaiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan.

2.      Peluang untuk mendamaikan amasyarakat Arab di madinah.


3.     Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam makkah dan Madinah.

4.     Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.


5.     Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud – berpindah. Ansar bermaksud – menolong ( Nasara )
  Golongan ansar membantu Muhajirin dengan cara:
a.      Menjaga keselamatan
b.     Menyediakan modal untuk berniaga

6.     Kemanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera sebagai sebuah negara.

7.     Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua – Umar al Khatab.
8. Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid Quba’.
Fungsi masjid adalah pelbagai seperti:
a.Beribadat
b.Belajar
c.Tempat bertemu dan berbincang akan masalah
d.Aktiviti jual beli.

9.Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib. Pusat tamadun islam dan agama.

10.Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.

11. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.

12. Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Cth puteri Abu bakar Assiddiq – Asma’ – menghantar makanan dan berita semasa persembunyian Nabi di Gua Thur.

13. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan kampung halaman.
14. Kebijaksanaan nabi mengaur strategi untuk berhijrah.

15. Kwujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda Quraish.


Teori kedatangan islam


BUKTI KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA DARI SEGI PERDAGANGAN







batu bersurat di terengganu


 Islam berkembang menerusi aktiviti pedagang Arab dan Parsi di China
terdapat pusat perniagaan di Canton dan Amoy
pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara
pelabuhan utama di Selat Melaka
pedagang Arab membina perkampungan di pelabuhan Asia Tenggara
perkampungan penting sebagai tapak untuk berdagang
peniaga China beragama Islam menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara
peniaga China memeluk Islam hasil jalinan perdagangan dengan peniaga Arab di Canton
wujud kerajaan tua di Kuala Terengganu yang bergantung pada aktiviti perdagangan
dibuktikan dengan Batu Bersurat Terengganu di Sungai Tersat, Kuala Berang yang menggunakan tulisan Jawi




hijrah

hijrah

Saturday, May 19, 2012

Kepentingan Hijrah Dalam Tamadun Islam.


HIJRAH DARI MEKAH KE MADINAH.

Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
Dalam sejarah Islam :
·         berpindah dari Mekah ke Madinah.
Dalam konteks lain :
·         berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
·         Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
·         Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
·         Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
·         Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.

KEPENTINGAN HIJRAH :
Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah :
·         Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas
·         Melepasi sempadan Mekah Madinah
Penyebaran Islam Semakin Meluas :
·         Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
·         Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
·         Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. :
·         Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
·         Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah

Pertumbuhan Umat Islam :
·         Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
·         Umat Islam semakin kukuh.
Penubuhan Negara Islam :
·         Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
·         Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah :
·         Sistem perundangan yang teratur di bentuk meliputi semua bidang.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar :
·         Konflik tradisi antara Aus dan Khazraj telah berjaya dilenyapkan apabila Nabi Muhammad berjaya menyatukan dengan ikatan semangat ukhuwah Islamiah.
Permulaan Kalendar Hijrah :
·         Tarikh penghijrahan merupakan titik terawal bagi pengiraan sistem
·         kalendar Islam (hijrah) pada 634 M oleh Khalifah Umar al Khattab.
Perubahan Dasar Politik :
·         Umat Islam dibenarkan bertindak lebih agrasif – berperang menentang kekerasan.
Kesimpulan :
Hijrah membawa banyak perubahan kepada kehidupan umat Islam. Kehidupan umat Islam semakin baik dan proses perkembangan Islam semakin lancar.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA KEMUNCULAN PELBAGAI MAZHAB DALAM ISLAM


LATAR BELAKANG KEMUNCULAN  MAZHAB :
o Mazhab merupakan aliran pemikiran dalam Islam.
oKemunculan mazhab bermula, selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
oKelahiran mazhab telah membawa pelbagai kesan positif dan negatif.

ALIRAN-ALIRAN MAZHAB YANG PENTING :
oAntara Mazhab yang muncul ialah Khawarij, Syiah, Murji’ah, Muktazilah  dan Ahli Al-Sunnah Wal-Jamaah.


oPerbezaan  ilmu pengetahuan, kebolehan dan pengalaman dalam kalangan mereka. Di samping itu tidak semua umat Islam yang hidup  sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w dapat bertemu baginda dan mendengar semua hadis daripada baginda. Hal ini telah menimbulkan  perbezaan pendapat antara mereka, khususnya penduduk luar Madinah yang tidak pernah bertemu dengan Rasulullah. Apabila semakin jauh daripada zaman Rasulullah maka perselisihan dan perbezaan itu  semakin ketara.

oPengaruh Politik. Berlaku perselisihan di antara Bani Hasyim dan Bani Umaiyah telah sampai ke kemuncaknya sehingga berlaku pergeseran politik dalam kalangan penyokong Khalifah Uthman dan Saidina Ali. Kesannya ialah berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin yang membawa kepada kelahiran mazhab Khawarij dan mazhab Syiah.


oPengaruh Ideologi dan Budaya Asing berlaku semasa zaman Khalifah al-Ma’mum, al-Mu’tazim dan al-Watia, aktiviti penterjemahan  buku-buku falsafah Yunani begitu giat dijalankan. Tujuan asalnya adalah untuk menimba ilmu pengetahuan sesuai tuntutan agama Islam. Tetapi akhirnya falsafah Yunani yang banyak menggunakan akal fikiran menyebabkan kelahiran mazhab Muktazilah yang  juga menggunakan akal fikiran dalam mengintrestasi  hukum dan akidah Islam.

oSemangat Assabiyah  Yang Masih Wujud. Nabi Muhammad s.a.w telah menggantikan semangat assabiyah dengan semangat akidah untuk menyatukan umat Islam Walau bagaimanapun semangat assabiyah timbul semula ketika perlantikan pengganti Rasulullah sebagai pemimpin umat Islam. Perselisihan berlaku di antara golongan Ansar, Muhajirin dan penyokong Ali. Pada zaman Khalifah Uthman pula, api assabiyah semakin menyala yang menyebabkan berlaku perpecahan dan perselisihan di antara Bani Umaiyah dan Bani Hasyim.


oPengaruh Daripada Penganut Agama Lain Yang memeluk Islam. Selepas pembukaan jajahan baru oleh orang Islam, ramai penganut agama lain memeluk agama Islam yang terdiri daripada Yunan, Nasrani dan Majusi. Mereka memeluk agama Islam dengan membawa ajaran dan amalan keagamaan mereka. Antaranya mereka memasukkan dalam akidah Islam perbahasan ilmu Kalam tentang konsep  ikhtiar, al-Jabr dan sifat-sifat Allah.

oMembincangkan Persoalan di Luar Jangkaan Akalsetelah tersebarnya pemikiran falsafah dalam kalangan umat Islam dalam pengajian akidah telah menjerumuskan mereka dalam perbahasan persoalan-persoalan yang berada di luar jangkaan akal manusia seperti masalah mengikhtibatkann sifat-sifat Allah dan menafikannya persoalan kekuatan hamba di samping kekuatan Tuhan. Dengan membahaskan persoalan yang seumpama ini telah membuka pintu perselisihan yang luas kepada ummah.


oPerebutan jawatan Khalifah yang merupakan sebab perselisihan  ummah daripada segi politik. Kaum Ansar dan Muhajirin pada mulanya masing-masing berasa berhak menggantikan kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan Baginda. Dalam hal ini umat Islam juga berselisih faham tentang siapa yang lebih  berhak menjadi khalifah
o Ayat-ayat Mutasyabihat  yang telah membawa kepada perselisihan ulamak dalam mentafsirkannya. Perselisihan terhadap ayat-ayat ini memuncak hingga tahap kafir menkafirkan antara satu sama lain.

 KESIMPULAN :
o Kemunculan pelbagai mazhab ini juga telah memberikan kesan positif dan negatif terhadap perkembangan Islam secara keseluruhannya.
oKelahiran pelbagai mazhab telah menimbulkan pelbagai idea dan interpretasi baharu mengenai isu-isu agama.
oKelahiran pelbagai mazhab telah membuka ruang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan.
oDari sudut negatif, kelahiran pelbagai mazhab telah membentuk pengikut yang taksub kepada satu-satu mazhab dan menimbulkan perbalahan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Kesan peperangan salib terhadap dunia islam dan eropah barat.


Kesan peperangan salib terhadap dunia islam dan eropah barat.
Perang salib merupakan siri peperangan di antara pihak islam dengan pihak kristian. Ia juga merupakan kemuncak ketegangan perhubungan di antara islam dan kristian iaitu semenjak pihak islam berjaya meluaskan kekuasaannya di barat, afrika dan setelah berjaya menumbangkan kerajaan byzantine.
Dinamakan perang salib kerana tentera kristian memakai pakaian tentera bertanda salib.
Motif peperangan – keagamaan dan sekular. Peperangan berpunca dari keinginan pihak kristian untuk menguasai baitul-muqadis.
Peperangan mula meletus apabila paus menyeru supaya penganut2 kristian bersatu agi menundukkan islam serta menguasai semula wilayah2 yang telah dikuasai islam terutamanya baitul-muqaddis, kota suci bagi islam, kristian dan yahudi.
Peperangan berlarutan selama hampir dua abad iaitu dari 1095 – 1291m dan berlaku dalam tujuh peringkat.
negeri-negeri terlibat : mesir, iraq, syria, afrika utara, sepanyol dan hijaz.
Tokoh-tokoh utama yang terlibat dalam perang salib seperti raja richard, raja philips augustus, raja federick babarosa dan sultan salahuddin al-ayubi.


Tamadun islam :
Penjajahan eropah ke atas sebahagian dunia islam :
Pada peringkat awal berikutan perang salib pertama, tentera kristian berjaya merampas kuasa daripada kerajaan-kerajaan islam di wilayah syria-palestine, sebahagian mesir dan anatolia. Edessa, tarsus, antioch, allepo dan jerusalem diduduki oleh tentera kristian dan jadikan koloni-koloni eropah. Walaupun begitu,koloni-koloni itu wujud dalam kedudukan yang berbahaya dan pada tahun 1187 tm jerusalem ditakluki semula oleh tentera islam.
proses asimilasi dengan masyarakat tempatan :
Orang-orang eropah yang menetap di koloni-koloni itu tidak begitu menyumbang kepada cara kehidupan masyarakat islam. Kesan-kesan sosial adalah tidak mendalam. Dari segi kebudayaan dan tahap pencapaian intelektual, mereka masih wujud dalam keadaan mundur berbanding dengan orang-orang tempatan. Sebaliknya, orang-orang latin lebih tertarik kepada cara kehidupan masyarakat islam seperti aspek-aspek pakaian, makanan dan perumahan. Proses asimilasi tidak berlaku secara meluas kecuali segolongan kecil yang berkahwin dengan orang-orang muslim dan melahirkan segolongan yang dikenali “poulains” atau orang kacukan.
Ekonomi :
Dari segi kesan ekonomi peperangan salib mempergiatkan perdagangan di syria. Pelabuhan-pelabuhan seperti tyre, acre, askalon dan gaza menjadi pusat kegiatan komersial di mana golongan saudagar muslim berdagang dengan pedagang-pedagang venice, genoa, pisa. Pada hal itu, diketahui bahawa penglibatan venice dalam perang salib terdorong oleh motif hendak monopolikan perdagangan syria, mesir, constantinople dan laut hitam.
Perpaduan dan penyatuan umat islam :
Pada peringkat awal peperangan salib, dunia islam wujud dalam keadaan perpecahan dengan munculnya beberapa buah kerajaan kecil islam. Kerajaan abbasiyah yang dikuasai oleh turki seijuk tidak berkemampuan menentang tentera salib. Tetapi mulai tahap kedua peperangan salib, kerajaan-kerajaan islam telah lebih bersedia untuk bersatu di bawah beberapa pemimpin-pemimpin yang berkaliber. Pemimpin-pemimpin itu bertindak untuk menentang dan merampas balik kawasan-kawasan yang diduduki oleh tentera kristian.
Lahirnya tokoh-tokoh islam :
Antara pemimpin yang berjaya membendung dan menghapuskan musuh-musuh mereka ialah zanki, nur al-din, saladin, dan baybars. Pada 1143 zanji merampas balik kawasan edessa. Nur al-din, anaknya, menakluki damancus dan menduduki seluruh syria kecuali antioch, salah al-din menakluki jerusalem pada 1187 tm dan berjaya menyatukan dunia islam dari sungai nil hingga sungai tigris. Baybars pemerintah kerajaan mamluk menghapuskan kuasa dan pengaruh tentera salib di syria pada tahun 1250 tm.
Perubahan pusat pemerintahan dari baghdad ke kaherah.
Maruah islam meningkat selepas sallehuddin mengambil semula jurusallem 1187m.

Eropah barat :
Peperangan sesama kristian :
Perang salib mendedahkan kelemahan kerajaan byzantine di constantinople dalam perang salib ke empat (1202-1204) tentera salib yang dihasut oleh pedagang venice menawan pelabuhan zara dibawah pemerintaha kerajaan byzantine.
Perkembangan bandar :
Perang salib menyubang kepada perkembangan bandar-bandar di eropah. Golongan bourjuis mendapatkan hak-hak istimewa untuk menjalankan perdagangan dengan negara-negara timur. Kemakmuran bandar kian meningkat.
Kemerosotan kuasa feudal dan bangsawan :
Dari segi politik kuasa raja-raja di eropah bertambah kuat akibat berlakunya kemerosotan kedudukan golongan bangsawan. Jadi perang salib telah menyubang kepada kemerosotan sistem feudalisme dan kebangkitan sistem kerajaan monarki.
Perkembangan industri :
Perkembangan industri dipergiatkan melalui hubungan orang-orang barat dengan penduduk-penduduk tempatan di asia barat. Tambahan pula pengetahuan sains graeco- arab mempergiatkan juga intelek latin yang akhirnya menyubang kepada renaissance.
Perkembangan intelektual :
Ekspedisi-ekspedisi tentera kristian juga menggalakkan kebangkitan minat orang-orang eropah dalam penjelajahan dan penerokaan. Misalnya marco polo, seorang pengembara venice. Alat kompas diperkenalkan ke eropah dan dapat menggalakkan aktiviti maritim.
Penjelajahan dan penerokaan :
Perang salib menyumbang kepada perubahan organisasi dan taktik peperangan di eropah. Alat kelengkapan baru diperkenalkan ke eropah seperti busur silang dan baju besi. Serbuk letupan digunakan meluas telah mengubah corak peperangan di eropah.
Teknologi peperangan.
Pemangkin kepada kemajuan di eropah dan bidang agama, intelektual dan perdagagan.

KONSEP BUDAYA DAN TAMADUN: MASA KINI DAN MASA AKAN DATANG.


KONSEP BUDAYA DAN TAMADUN: MASA KINI DAN MASA AKAN DATANG.
DEFINISI
Menurut Dictionary of Philosophy (1996), budaya bermaksud “The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily notices from within.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu budaya kebendaan dan budaya bukan kebendaan.
·        Budaya kebendaan
Ø adalah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kertea, perahu, senjata dan sebagainya. Contohnya, orang melayu mempunyai rumah yang rekabentuknya berbeza dengan orang Inggeris atau orang India atau orang Minangkabau sekalipun.

·        budaya bukan kebendaan
ü ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Setiap masyarakat mempunyai adat istiadat dan kepercayaan tersensendiri dalam menjalani kehidupan. Contohnya, dalam adat perkahwinan melayu, pihak lelaki memberikan hantaran kepada pihak perempuan manakala bagi masyarakat India, hantaran disediakan oleh pihak perempuan untuk diberikan kepada pihak lelaki.
Dalam budaya melayu, faktor agama penting kerana agama bukan sahaja dianggap sebagai satu sistem kepercayaan semata-mata malah ia juga sebagai suatu perlembagaan hidup yang meliputi kepercayaan dan amalan hidup. Bahasa pula penting sebaga alat komunikasi sehari-harian. Adat resam pula mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
KONSEP TAMADUN
Kita mengambil kira konsep tamadun dari sudut Barat dan Islam. Secara amnya, tamadun bermaksud Madain atau mudun atau madana iaitu bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek dan ia bermaksud bandar.
Maksud tamadun dari sudut Barat ialah tamadun pembangunan lahiriah atau secara zahir seperti aspek-aspek kebudayaan, penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran atau zahir sahaja.
Manakalau maksud tamadun dari sudut Islam ialah meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibnu Khaldun yang melihat aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas pula menegaskan bahawa pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah merupakan maksud tamadun.

FUNGSI BUDAYA
Terdapat dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya iaitu membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. budaya juga memberikan identiti kepada suatu kelompok dalam aspek cara kendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada satu keturunan. Kesimpulannya, budaya ialah himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.